fbpx
Gambar hiasan

Ibu bapa sambut baik kemasukan anak 6 tahun ke Tahun Satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan berlaku penambahan bilangan pendaftaran murid khususnya di kawasan bandar bagi kemasukan kanak-kanak enam tahun ke Tahun Satu pada 2027.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ini berikutan sambutan yang memberasangkan diterima daripada responden terdiri ibu bapa di kawasan bandar.

Menurutnya, kementerian kini menumpukan persediaan maksimum bagi menerima kemasukan murid-murid berkenaan dengan menambaik fasiliti, kapasiti dan mengoptimumkan kawasan yang dijangka berlaku limpahan pelajar pada tahun depan.

“Kalau ikut mapping (pemetaan) kita, semua kawasan bandar memang akan terima (kanak-kanak enam tahun ke Tahun Satu), maknanya ibu bapa menyambut perkara ini dengan sangat-sangat baik.

“Jadi, walaupun bilangan pelajar itu kita belum dapat sepenuhnya kerana pendaftaran belum dibuka, tetapi jangkaan dan unjuran kita itu sudah ada.

“Kawasan bandarlah yang kita jangka akan minggu lebih ramai daripada biasa,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persiapan kemasukan kanak-kanak enam tahun ke Tahun Satu pada 2027.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal hadir pada Perasmian Program Semarak Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Sungai Acheh di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kementerian juga sedang memberi tumpuan terhadap latihan guru bagi tujuan yang sama susulan pengambilan seramai 20,000 orang guru baharu bagi memenuhi keperluan semasa.

Jelasnya, ini termasuklah penyediaan bilik darjah dengan mengoptimumkan kapasiti sedia ada serta menambah kelas baharu yang menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Jadi, dua persiapan penting ini sedang kita persiapkan dengan sangat tekun dan teliti ketika ini,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN