PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tiga buah negeri susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga pukul 5 petang ini.
Kata MetMalaysia, amaran tersebut melibatkan beberapa daerah di Perak, Pahang dan Selangor.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Selain itu, amaran sama dikeluarkan bagi kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis, Pahang,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, cuaca buruk juga dijangka melada beberapa daerah di Selangor melibatkan mawasan Sabak Bernam dan Hulu Selangor. – KOSMO! ONLINE














