fbpx
Antara premis yang dikesan menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin tanpa kebenaran.

Gangguan elektrik bongkar aktiviti lombong bitcoin haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Aduan awam berhubung gangguan bekalan elektrik yang dialami penduduk membongkar aktiviti perlombongan bitcoin haram melibatkan beberapa premis di sekitar Bukit Beruntung, di sini.

Kegiatan itu dibongkarkan menerusi serbuan pihak Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang turut disertai Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin.

MPHS dalam kenyataannya berkata, gangguan tersebut dipercayai berpunca daripada penggunaan elektrik secara berlebihan dan tidak terkawal di premis tertentu.

“Hasil operasi mendapati lima premis di kawasan perniagaan menjalankan aktiviti melombong bitcoin tanpa kebenaran atau lesen yang sah,” katanya.

Jelasnya, aktiviti tersebut tidak dibenarkan sekiranya dilakukan tanpa kelulusan pihak berkuasa dan menggunakan bekalan elektrik secara tidak terkawal.

“Aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar, malah mengundang risiko kerosakan infrastruktur elektrik, peningkatan bahaya litar pintas serta kebakaran, dan menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan komuniti setempat.

“Tindakan sitaan dilaksanakan ke atas premis terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan boleh berbuat demikian kepada MPHS atau pejabat TNB terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI