fbpx
LIVERPOOL ketika ini berada di tangga keenam dan kemenangan mampu mencerahkan peluang mereka ke kelompok empat teratas. - AFP

EPL: Peluang Liverpool ‘bantu’ Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Aksi dengan Manchester City di Anfield tengah malam ini bakal menyerlahkan kemampuan sebenar Liverpool untuk terus bersaing bagi merebut tempat terbaik di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengurus The Reds, Are Slot berpendapat keputusan menentang Manchester City akan menzahirkan ‘wajah’ sebenar pasukannya dan kualiti individu menjadi taruhan utama dalam misi merebut tiga mata.

“Satu lagi detik yang memberikan peluang kepada kami melihat sejauh mana perkembangan pasukan yang kami bina musim ini. Sudah pasti kami juga tahu betapa pentingnya untuk mereka keputusan baik dalam perlawanan ini.

“Saya fikir kami perlu bermain dengan lebih baik berbanding ketika menentang Newcastle United. Saya rasa kami bermain baik dalam kebanyakan perlawanan namun ada ketikanya kami gagal melakukan penyudah dengan baik,” katanya.

Persoalan yang timbul ketika ini lebih menjurus kepada kemampuan Slot untuk memastikan Liverpool mampu berada pada prestasi terbaik bagi mengekalkan keputusan positif lebih konsisten.

Selepas harapan untuk mengekalkan kejuaraan makin kabur, tiga mata bakal meletakkan pasukan di landasan tepat untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat terbaik bagi mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Orang mula perasan permainan kami mungkin lebih baik dalam dua perlawanan lepas, namun kami sepatutnya mampu tampil dengan lebih baik ketika berada dalam kotak penalti lawan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN