BUKAN sekadar mencantikkan rupa, cucuk sanggul juga merupakan aksesori tradisional untuk menghias dan mengukuhkan dandanan rambut wanita. Namun, aksesori itu turut dikaitkan dengan hal mistik seperti ilmu pengasih atau seri wajah. Mungkin segelintir orang beranggapan perkara itu mustahil, tetapi kesan dialami oleh Aisha (bukan nama sebenar) masih berbekas selepas secara tidak sengaja memiliki cucuk sanggul milik neneknya. Berkongsi cerita tentang kejadian misteri yang berlaku, Aisha awalnya enggan membuka mulut kerana tidak mahu mengungkit kisah lama, tetapi perlahan-lahan dia menyusun kata……














