fbpx
Gambar hiasan

Tiada ancaman tsunami susulan gempa di Tanimbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami terhadap perairan negara susulan gempa bumi yang melanda rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia awal pagi ini.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, gempa berskala sederhana itu dikesan berlaku pada pukul 5.20 pagi.

“Gempa berkenaan berpusat pada koordinat 8.1 darjah selatan dan 130.1 darjah timur. Gempa bermagnitud 5.6 itu direkodkan berlaku pada kedalaman 81 kilometer,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini melalui media sosial rasmi MetMalaysia atau menerusi laman web mygempa.met.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN