NAMA Zaki Yamani semakin kerap menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini terutama selepas tular gelagatnya meniru gaya nyanyian bapanya, Datuk Jamal Abdillah.
Terbaharu, dia sekali lagi mencuri perhatian ramai susulan muncul menyanyikan lagu nyanyian bapanya dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Sandarkan Pada Kenangan bersama Thalita di sebuah acara baru-baru ini.
Persembahan tersebut membuatkan ramai terpegun sehingga ada yang berpendapat gandingan mereka seperti mengimbau duet Siti Sarah dan Jamal.
“Memang sedap betul suara masing-masing, tolong rakam versi baru!
“Bakat yang diwarisi, Jamal dan Siti Sarah junior!” puji netizen.
Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @sitisarahraissuddin itu meraih lebih 3.3 juta tontonan.














