fbpx
Anwar Ibrahim berucap pada Konvensyen Keadilan Selangor 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Saya akan humban pihak yang cuba gugat keselamatan negara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri mengingatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali mencetuskan suasana tidak aman ketika negara menerima tetamu hari ini.

Ini kerana kata Datuk Seri Anwar, meskipun kebebasan bersuara dan hak untuk mengkritik kerajaan dibenarkan, namun sebarang tindakan melanggar undang-undang atau mencetuskan ketegangan kaum akan berdepan tindakan tegas.

Malah katanya, beliau telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Ketua Polis Negara supaya mengenakan tindakan tegas terhadap mereka cuba mencetuskan perbuatan tersebut.

“Kalau kamu nak bagi pandangan dan kritikan boleh. Di negara ini bebas, tetapi kalau kamu ganggu gugat keselamatan negara dan cuba khianati, persulitkan keadaan ketika ada tamu negara kita.

“Percayalah, saya akan ambil tindakan maksimum, tangkap dan humbankan mereka. Jangan hasut sampai benci satu sama lain dan jangan langgar prinsip undang-undang.

“Kamu bukan hakim atau ketua polis. Kamu nak ambil alih tugas ketua polis, kami tangkap dan humban kamu. Percayalah, nak cuba, cuba hari ini dan tengok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Selangor 2026 di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.

Peringatan Anwar itu ditujukan kepada peserta perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram yang akan berhimpun malam ini di Komples Beli Belah Sogo.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI