fbpx
Anwar ketika menghadiri Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan. FOTO FACEBOOK ANWAR.

Pentadbiran awam berintegriti kunci kemajuan negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemajuan negara hanya dapat dicapai melalui pentadbiran awam yang berintegriti, profesional dan berteraskan amanah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu disokong dengan semangat berpasukan yang kukuh serta sinergi erat antara kepimpinan politik dan seluruh jentera perkhidmatan awam.

“Segala dasar dan keputusan yang dirangka mesti diterjemahkan kepada impak nyata kepada rakyat supaya kebajikan dan kesejahteraan mereka dilihat dan dirasai dalam kehidupan seharian.

“Hadamlah bahawa amanah ini menuntut budaya kerja berprestasi tinggi, kebersamaan yang mantap serta komitmen tidak berbelah bahagi untukbmengutamakan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segalanya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Perkara itu ditekankan Anwar ketika menghadiri Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan sebagai kesinambungan kepada permukiman Jemaah Menteri sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI