fbpx
DODO akan dijadikan kucing maskot di Cat Supermarket cawangan Kempas, Johor.

‘Pencuri’ makanan mahal dijadikan maskot kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Misteri kerosakan pek makanan premium di sebuah pasar raya kucing yang sebelum ini disangka akibat kecuaian atau perbuatan khianat akhirnya terungkai apabila ‘suspek’ sebenar terperangkap di dalam premis itu di Paya Rumput, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Cat Supermarket, Datuk Chew Chert Fong berkata, hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan seekor kucing liar telah menyelinap masuk ke premis melalui saluran pembentung.

“Kucing itu dalam keadaan sangat kurus dan terus menuju ke rak makanan premium sebelum mengoyakkan pek produk dan menikmatinya.

“Ia kemudian cuba melarikan diri melalui laluan sama, tetapi menghadapi kesukaran sebelum terperangkap di dalam premis,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, pihaknya mengambil keputusan untuk menjaga kucing tersebut memandangkan keadaannya yang sangat kurus dan diberikan nama gelaran DoDo.

“DoDo telah dimandulkan dan kini membesar dengan sihat serta aktif dengan berat kira-kira lapan kilogram. Menariknya, ia masih menggemari jenama makanan premium yang sama seperti ketika ‘kunjungan’ pertamanya.

“DoDo akan dijadikan maskot rasmi serta tarikan mesra pelanggan di cawangan Cat Supermarket di Kempas, Johor,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Chert Fong memberitahu sepanjang tahun lalu kira-kira 400 ekor kucing jalanan berjaya diselamatkan oleh Cat Supermarket.

Tambahnya, mereka turut menaja bekalan makanan premium dan menjalankan pelbagai program advokasi untuk menggalakkan orang ramai mengambil haiwan terbiar sebagai peliharaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI