SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) akur akan arahan yang bakal dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani isu kluster tuberkulosis atau tibi di Kota Tinggi, Johor.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keadaan terkawal setakat ini dan berada di bawah pemantauan ketat pihak berkuasa kesihatan.
“Setakat ini, kita berpandukan kepada saranan, pedoman dan nasihat daripada KKM. Kami akan ikut semua arahan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan murid di daerah Kota Tinggi disahkan menghidapi kluster tuberkulosis atau tibi hasil daripada saringan kontak rapat, yang terdiri daripada empat murid lelaki dan dua murid perempuan. – KOSMO! ONLINE














