fbpx
Gambar hiasan.

Jangkaan hujan lebat di Selangor, 4 negeri lain petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak petang hari ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Perak ialah Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar; Batang Padang serta Muallim.

“Di Pahang pula, amaran melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong, manakala di Selangor meliputi Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Selain itu, kawasan Jelebu di Negeri Sembilan turut berada dalam amaran yang sama, termasuk beberapa daerah di Johor iaitu Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya, hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk di Sarawak dijangka melibatkan kawasan Pakan, Sarikei dan Meradong di Sarikei; Selangau di Sibu; serta Bintulu dan Subis di Miri.

Manakala, di Sabah pula, kawasan yang terjejas ialah Papar dan Ranau di Pantai Barat; Lahad Datu di Tawau; serta Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan di Sandakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN