fbpx
Ustaz Azhar Idrus

Isteri gila wajib mandi hadas selepas haid, sebelum ‘digauli’ suami – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang isteri walaupun kurang siuman (gila) disyaratkan untuk mandi hadas sebelum melakukan hubungan suami isteri selepas datang haid.

Ini kerana kata penceramah selebirti, Ustaz Azhar Idrus, isteri yang gila sama seperti isteri siuman iaitu ketika dia haid haram atas suaminya menggaulinya.

“Isteri yang gila sama seperti yang isteri siuman iaitu ketika dia haid haram atas suaminya menggaulinya.

“Jika dia telah suci dari haid maka disyaratkan ke atasnya melakukan mandi, maka jika isteri yang gila mandi hadas nescaya mandinya itu sah sekalipun dia seorang yang gila,” kongsinya di laman Facebook.

Azhar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan berkaitan isteri isteri yang gila adakah halal bagi suaminya menggaulinya selepas suci dari haid.

Turut ditanya adakah isterinya itu wajib mandi hadas dan adakah sah mandi orang yang gila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI