fbpx
Anggota polis ketika mengangkat mayat mangsa di Flat Sri Murni, Butterworth, Rabu lalu.

Ibu tunggal maut dibunuh mungkin angkara cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan seorang wanita yang juga ibu tunggal dalam kejadian di Flat Sri Murni, Sungai Dua, Butterworth di sini, Rabu lalu dipercayai angkara perasaan cemburu suspek terhadap mangsa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, bagaimanapun punca kejadian berlaku masih dalam siasatan dan polis percaya yang pihaknya dapat merungkai motif sebenar dalam tempoh terdekat.

“Masih dalam siasatan (motif sebenar pembunuhan berlaku sama ada perasaan cemburu suspek terhadap mangsa atau sebaliknya),” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tiga suspek lelaki termasuk seorang warga Myanmar direman selama tujuh hari sehingga 11 Februari ini bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang dipercayai maut dibunuh di kediamannya di tingkat satu, Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini, Rabu lalu.

Suspek masing-masing dipercayai dua kenalan mangsa bersama seorang lelaki warga Myanmar. Kesemua suspek berusia 38, 40 dan 45 tahun diberkas dalam tempoh 24 jam di kawasan Bukit Mertajam dan Kubang Semang sejurus kejadian dilaporkan.

Dalam kejadian itu, mayat mangsa berusia 41 tahun dan bekerja sebagai pemandu van sekolah itu ditemukan dalam keadaan terbaring dalam sebuah bilik tidur dengan kesan luka kelar pada lehernya dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN