MANCHESTER – Pengurus baharu Manchester United, Michael Carrick terus mempamerkan magis selepas memastikan The Red Devils menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Lebih menarik, ini adalah kemenangan keempat berturut-turut yang diraih Carrick sejak menggantikan Ruben Amorim selepas turut menewaskan dua kelab seteru, Manchester City dan Arsenal, bulan lalu.
Pada perlawanan di Stadium Old Trafford itu, kedua-dua perlawanan mempamerkan aksi seimbang selepas saling berbalas serangan pada 30 minit pertama.
Namun, Spurs terpaksa merombak taktikal selepas kapten, Cristian Romero dilayangkan kad merah selepas mengasari Casemiro pada minit ke-29.
Kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh United untuk membuka tirai jaringan menerusi situasi sepakan penjuru menarik yang Berjaya disudahkan oleh Bryan Mbeumo pada minit ke-39.
Bersambung ada babak kedua, Amad Diallo hampir menggandakan jaringan pada minit ke-50 selepas menyempurnakan hantaran Luke Shaw, tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.
Matheus Cunha turut mengalami nasib sama apabila jaringannya dinafikan VAR pada minit ke-68 sekali gus menyaksikan tuan rumah sedikit tertekan.
Namun, kapten United, Bruno Fernandes memastikan tiga mata penuh dapat diraih selepas meledak gol kedua pada penghujung saingan dengan keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat.
Kemenangan itu menyaksikan United kini terus kukuhkan kedudukan di tangga keempat dengan mengutip 44 mata selepas mengharungi 25 perlawanan.- AGENSI














