NAMA Cik B ‘anak mama’ kembali menjadi sebutan dalam media sosial selepas muncul individu yang dikatakan mirip dengan puteri kesayangan kepada usahawan Datuk Seri Vida itu.
Individu yang juga seorang lelaki tersebut dilihat mempunyai gaya rambut dan bentuk wajah yang seiras sehingga dianggap sebagai kembar terpisah Cik B!
Rata-rata netizen turut berseloroh memberitahu imej lelaki tersebut adalah Cik B yang memakai ‘filter’ janggut.
“Ini bukan Cik B tapi Encik B. Terkejut tengok tiba-tiba Cik B ada janggut.
“Ingatkan Cik B pakai filter muka dan suara lelaki, nasib baik siasat dulu,” usik netizen.














