PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) ke-28, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Datuk Mohamad Suria dilantik memegang jawatan tersebut pada Januari lalu.
“Seri Paduka Baginda turut berkenan menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohamad Suria di atas pelantikan sebagai TPTD yang baharu,” menurut hantaran berkenaan hari ini.
Menurut hantaran itu, sesi mengadap berkenaan berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE














