fbpx
SAMA popular sama padan, sayaangnya impian peminat untuk menyaksikan gandingan Aamir dan Aishwarya tidak pernah terkabul.

Aamir Khan, Aishwarya Rai memang tiada ‘jodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAMAI peminat Bollywood tertanya-tanya kenapa pelakon bertaraf superstar, Aamir Khan dan Aishwarya Rai tidak pernah digandingkan dalam mana-mana filem.

Kedua-duanya sangat popular, memiliki rupa paras menawan dan dilihat sangat sesuai digandingkan sebagai pasangan dalam filem.

Hakikatnya mereka hampir digandingkan menerusi dua filem popular iaitu Raja Hindustani dan Mann.

Aishwarya terpaksa menolak tawaran membintangi Raja Hindustani kerana terikat dengan komitmen sebagai Miss World 1994. Naskhah hebat itu sepatutnya menjadi filem debut Aishwarya di Bollywood. Wataknya kemudian diambil alih Karisma Kapoor.

Ketika ditawarkan filem Mann pula, Aishwarya sudah pun menandatangani kontrak membintangi filem Hum Dil De Chuke Sanam arahan Sanjay Leela Bhansali. Watak itu kemudian diberikan kepada Manisha Koirala.

Pada 2000, Aamir pula menolak tawaran membintangi filem Josh di samping Aishwarya. Wataknya kemudian diisi Chandrachur Singh.

Namun, Aishwarya dan Aamir pernah digandingkan sebagai penyeri iklan minuman ringan terkemuka. Itulah satu-satunya gandingan mereka berdua sebagai pelakon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI