fbpx
Mohd. Puad

Wujudkan kembali Akta Anti Berita Palsu, Kod Tatalaku Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemimpin UMNO menyarankan kerajaan mengembalikan Akta Anti Berita Palsu 2018 yang telah dibatalkan oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2019.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi semasa membuat saranan itu turut menyarankan Kod Tatalaku diwujudkan khusus untuk Ahli Parlimen pada sidang Dewan Rakyat.

Menurut beliau, Kod Tatalaku perlu diwujudkan supaya Ahli Parlimen tidak menyebar berita palsu dan ucapan kebencian ketika menyertai perbahasan.

“Dua hari lalu berlaku pertikaman lidah antara Perdana Menteri dan Ahli Parlimen pembangkang berkaitan rundingan sempadan Malaysia-Indonesia di selatan Sabah dan utara Kalimantan.

“Keluar kenyataan bodoh dan bohong. (Datuk Seri) Takiyuddin Hassan kemudian membalas ‘nak tau siapa bodoh siapa tak bodoh buka perbahasan’.

“Kalau betul dakwaan pembangkang itu adalah palsu bermakna Parlimen menjadi pusat penyebaran berita palsu. Integriti Parlimen jatuh. ‘Trust deficit’ berlaku terhadap Parlimen,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mohd. Puad berkata, Ahli Parlimen sepatutnya menjadi contoh teladan komunikasi bertanggungjawab kepada anggota masyarakat ketika mereka menyertai sidang Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI