fbpx
Aminuddin (tengah) menyaksikan simbolik sempena Majlis Penyerahan Projek Masjid Dato’ Undang Luak Jelebu, di Jelebu hari ini.

RM6.5 juta naik taraf masjid, RM5.05 juta insentif bilal, siak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukan sebanyak RM 6.5 juta bagi menaik taraf Masjid Negeri dan penyelenggaraan masjid lain sementara RM5.05 juta insentif elaun bilal, siak dan pembantu wanita tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ini adalah sebahagian daripada peruntukan yang disusun dalam Belanjawan Negeri 2026 sebagai usaha memperkasa institusi Agama Islam di Negeri Sembilan.

“Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak RM16.05 khusus untuk pembangunan dan pengukuhan institusi Islam di negeri ini meliputi pembangunan masjid dan surau, pendidikan agama, pengimarahan institusi Islam, kebajikan asnaf serta pengukuhan pentadbiran agama,” katanya sempena Majlis Penyerahan Projek Masjid Dato’ Undang Luak Jelebu, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, Masjid Dato’ Undang Luak Jelebu bernilai RM8.85 juta itu merupakan masjid baharu pertama yang disiapkan tahun ini sebelum Ramadan dan mampu dimanfaatkan kira-kira 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.

“Masjid ini telah mula dibina pada Mac 2022 di atas tanah seluas kira-kira 4.88 ekar. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sokongan seperti dewan keraian, menara setinggi 25.2 meter, serta kawasan parkir yang mesra orang kurang upaya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN