fbpx
Mohammad Ashraf (tengah) meninjau aktiviti pelajar ketika lawatan ke sekolah di Tanjung Pengelih, Johor hari ini. - Foto IHSAN LTAT

LTAT peruntuk RM1.3 juta bantu sekolah dalam kem ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 38 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dalam kawasan kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima manfaat menerusi inisiatif Sekolah Angkat Madani Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan peruntukan RM1.3 juta.

Inisiatif itu memanfaatkan kira-kira 24,000 pelajar yang majoritinya merupakan anak warga ATM, sekali gus bertujuan meningkatkan kualiti pembelajaran dan persekitaran pendidikan di sekolah terlibat.

LTAT dalam kenyataan berkata, daripada jumlah keseluruhan peruntukan, sebanyak RM100,000 disalurkan kepada sekolah-sekolah di Tanjung Pengelih, Johor bagi kerja-kerja pengubahsuaian bilik darjah, perolehan peralatan digital, kemudahan pembelajaran, pelaksanaan program serta aktiviti libat urus warga sekolah.

Pengarah Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md. Radzi berkata, penyempurnaan Program Sekolah Angkat Masani di 38 buah sekolah bukan sekadar penutup kepada satu inisiatif, tetapi merupakan manifestasi keyakinan pihaknya.

“Keyakinan bahawa setiap anak anggota tentera wajar menerima persekitaran pembelajaran yang mampu menyemai inspirasi, keyakinan diri dan cita-cita,” katanya.

Selain itu, LTAT bersama Ikatan Relawan Rakyat (IRAT) turut menyampaikan cek sumbangan bagi penyediaan empat unit penyaman udara tambahan kepada kelas Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Tanjung Pengelih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI