fbpx
Tangkap layar video menunjukkan si suami menghadiahkan isterinya sejumlah wang tunai sebagai hadiah ulang tahun. - TikTok

Isteri senyum lebar dapat sejambak wang ganti kek hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila memberikan isterinya sejambak wang tunai yang disusun untuk menyerupai kek hari jadi, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kikiaditya21 menunjukkan si suami memasuki bilik sambil membawa sejumlah wang tunai yang diikat dengan getah. 

Duit itu diletakkan di atas mangkuk dan dihiasi buah tomato berserta lilin. 

Menurut si suami, dia tidak sempat membeli kek hari jadi. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Suami idaman orang ramai,” kata seorang netizen. 

“Macam mana nak cari suami seperti ini?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN