fbpx
Jegan (kiri) menunjukkan minyak masak bersubsidi yang dirampas ketika sidang akhbar di Stor Penyimpanan Eksibit KPDN Pulau Pinang di Bukit Minyak, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Hidup pindah-randah elak kegiatan selewang minyak masak dihidu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi menerusi serbuan di sebuah stor di Tasek Gelugor di sini, semalam.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang disyaki pekerja ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 5,092 kilogram (kg) minyak masak paket satu kilogram, 1,500 kg minyak masak dalam tong jerrycan, 50 unit kotak kosong minyak masak paket satu kilogram serta dua tong kosong bersaiz besar yang digunakan untuk menyimpan minyak masak dipindahkan daripada bungkusan asal.

“Antara peralatan lain yang turut ditemui termasuk corong minyak masak, gunting serta 200 unit tong jerrycan yang disyaki digunakan sebagai tadahan minyak masak.

“Beberapa dokumen berkaitan turut dirampas menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM48,965,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang Bukit Minyak di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati stor berkenaan dijadikan lokasi pemindahan minyak masak bersubsidi sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Mereka melaksanakan kegiatan ini secara berpindah-randah termasuk menggunakan rumah sewa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Mereka dipercayai memperoleh keuntungan antara RM50 hingga RM70 bagi setiap tong jerrycan yang dijual kepada restoran, manakala dua pekerja yang ditahan mendakwa menerima bayaran sekitar RM4,000 sebulan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI