JAKARTA – Polis memburu seorang lelaki di Jakarta Selatan yang dirakam mencuri bungkusan daripada pekerja penghantaran (kurier) ketika suspek bersiar-siar bersama isteri dan anaknya, lapor portal berita iNews.
Kejadian berlaku di Desa Pulo, Kalibata, baru-baru ini.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit berjalan menghampiri sebuah motosikal yang digunakan oleh pekerja penghantaran untuk menghantar bungkusan.
Apabila pekerja itu sibuk menghantar bungkusan ke rumah pelanggan, dia tiba-tiba mengambil salah satu barang dan berlalu pergi.
Lebih mengejutkan, kecurian itu dibuat di hadapan isteri dan anaknya.
Ketua Polis Pancoran, Mansur berkata, hasil siasatan mendedahkan bahawa suspek tidak tinggal kawasan itu
“Berdasarkan keterangan saksi, dia telah berjalan di lokasi sama sejak dua hari lalu. Kami sedang bekerjasama dengan penduduk tempat untuk mengenal pasti pelaku,” kata Mansur. – AGENSI














