fbpx
Keadaan kereta jenis Toyota Vios yang merempuh tembok Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy, awal pagi tadi.

Terlelap ketika memandu, Toyota Vios rempuh tembok pagar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai terlelap menyebabkan kereta jenis Toyota Vios yang dia pandu hilang kawalan dan merempuh tembok batu pagar sebuah sekolah di Jalan Kampung Pasir, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 1.50 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dipercayai terlelap ketika dalam perjalanan dari rumah rakan di Pantai Dalam menghala ke rumahnya di Seri Sentosa.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, tembok pagar sekolah berkenaan telah mengalami kerosakan.

“Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan mana-mana pihak dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zamzuri berkata, pemandu kenderaan tersebut telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan dan memberi keterangan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN