fbpx
Wan Ahmad Fayhsal bercakap semasa sidang akhbar ahli Parlimen pembangkang.

Pembangkang kemuka usul bahas isu sempadan Malaysia-Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pembangkang hari ini menghantar usul bagi menuntut Dewan Rakyat untuk mengadakan sesi perbahasan terhadap penerangan Perdana Menteri berhubung isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, usul itu dikemukakanmengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1) dan 18 (2) bagi merungkai beberapa isu yang masih lagi menjadi persoalan, janggal dan tidak jelas.

Beliau berkata, perkara itu turut melibatkan status 5,207 hektar tanah yang dikatakan tidak dimiliki mana-mana negara kerana bersifat masalah sempadan tertangguh (OBP).

“Sekarang ini kami nak bertanya semula kepada Yang Amat Berhormat Tambun (Perdana Menteri) apa yang beliau maksudkan dengan istilah yang dikatakan 5,207 hektar bukannya milik Malaysia tetapi sudah jadi milik Indonesia namun diberi anggapan seolah-olah ia ‘no man’s land’. Ini perkara yang tidak jelas

“Kami tuntut daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana sesi penerangan satu hala sahaja tidak cukup, sepatutnya ada perbahasan yang melibatkan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal turut mempersoalkan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang menarik semula kebenaran membahas.

“Pada awalnya Yang Dipertua Dewan Rakyat beri kebenaran seorang pembahas dari kedua-dua belah pihak selepas, selang sejam selepas diberi kebenaran tersebut, ia kemudian ditarik balik. Kenapa?“ katanya.

Beliau berkata, sesi perbahasan penting bagi mengatasi kelompangan yang berlaku selain memberi ruang rakyat menilai perbahasan ahli Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI