fbpx
Mohamad (duduk lima kanan) bersama penerima Anugerah Kecemerlangan Madani Agro di Shah Alam. -FOTO: ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

KPKM serah PDRM, Bank Negara siasat kerugian Agrobank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat kes kerugian RM203.8 juta dialami Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) akibat penipuan dalam talian tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, siasatan itu dikendalikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bank Negara Malaysia (BNM).

“Saya tidak boleh komen lanjut kerana siasatan itu di bawah tanggungjawab dua pihak berkuasa.

“Kita (kementerian) serah 100 peratus kepada mereka untuk menyiasat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Madani Agro di sini, malam ini

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulisnya di Parlimen mengesahkan bahawa Bank Agrobank kerugian akibat penipuan dalam talian yang dilaporkan pada November tahun lalu.

Seramai 47 individu ditahan berkaitan kes itu dengan tiga telah didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan penggunaan akaun keldai.

Biarpun butiran terperinci mengenai penipuan berkaitan Agrobank itu tidak didedahkan, Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun, denda antara RM10,000 hingga RM150,000, atau kedua-duanya sekali.

Siasatan terhadap 44 suspek lain masih diteruskan dan polis sedang memuktamadkan kertas siasatan dengan bantuan CyberSecurity serta Bank Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI