fbpx
Gambar hiasan.

Kelompok pengadu domba makhluk paling hina dan jahat – Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelompok pengadu domba makhluk paling hina dan jahat kerana mereka tiada pertimbangan dosa dan neraka asalkan berjaya memuaskan kehendak hati dan nafsu sendiri.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri berkata, kelompok pengadu domba menyebarkan khabar angin melibatkan reputasi dan maruah manusia sewenang-wenangnya.

“Mereka membisik-bisikan fitnah, berita palsu, umpatan bagi mencipta permusuhan di kalangan orang Islam. Allah mendidik orang Islam menghadapi golongan sebegini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairuddin berkata, kerja-kerja jahat pengadu domba menjadi lebih mudah di zaman ini dengan kewujudan pelbagai aplikasi media perhubungan manusia seperti Facebook dan WhatsApp.

Menurutnya, berita palsu, dusta, nista lagi fitnah berbaur hasutan meniti dari kumpulan ke kumpulan bertujuan mencemarkan maruah dan reputasi manusia serta mewujudkan permusuhan dalam kalangan manusia.

“Ia disebarkan dan dikongsi pula tanpa sedar dan tanpa rasa bersalah terhadap dosa menyebarkan berita dusta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN