fbpx
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah gudang di Telok Panglima Garang, semalam. IHSAN IMIGRESEN

Gudang ‘transit’ barangan China digempur, 24 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Sebuah gudang pemprosesan dan pembungkusan barangan daripada China digempur Jabatan Imigresen (JIM) kerana disyaki menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah dalam serbuan di Telok Panglima Garang, di sini, semalam.

Ketua Pengarah JIM Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bermula pukul 10.55 pagi dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM hasil aduan dan maklumat awam.

Menurutnya, seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan terdiri daripada dua warga China, Bangladesh (9), India (2), Myanmar (10) dan seorang warga Kemboja.

“Antara kesalahan dikesan adalah menyalahgunakan pas dimiliki, tinggal lebih masa serta lain tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Zakaria, pihaknya turut menyita sembilan pasport Bangladesh, Myanmar, China dan Kemboja termasuk sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz dipercayai digunakan dalam aktiviti ini.

“Premis gudang yang beroperasi sejak enam bulan lalu ini dipercayai menjalankan aktiviti pemprosesan dan pembungkusan barangan daripada China untuk dihantar kepada pelanggan yang membuat pesanan melalui platform aplikasi dalam talian.

“Bagi mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa, aktiviti tersebut dijalankan di premis terpencil terletak di kawasan kelapa sawit dan tidak mempunyai papan tanda perniagaan,” ujarnya.

Sementara itu, Zakaria berkata, salah seorang warga China yang ditahan turut dipercayai menggajikan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau pas lawatan kerja sah.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B/ 15(4)/ 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. Seramai tiga individu tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI