fbpx
RONALDO bersedia meninggalkan Al Nassr biarpun meraih pendapatan lumayan selepas tidak bersetuju dengan layanan diberikan oleh PIF terhadap kelab itu. - AFP

EPL: Ronaldo kembali buat kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang enggan diturunkan beraksi bersama Al Nassr dikait spekulasi bakal menamatkan kontraknya bersama kelab dari Liga Arab Saudi tersebut.

Ronaldo mengambil tindakan tersebut selepas pemilik Al Nassr, Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dilapor enggan memberikan dana bagi kelab itu mendapatkan pemain baharu menyebabkan ia menimbulkan kemarahan kapten Portugal tersebut.

Perkembangan itu menyaksikan Ronaldo dikatakan bakal menamatkan kariernya di Arab Saudi dan kembali ke Eropah dengan Manchester United menjadi salah satu destinasinya untuk menyambung sisa kerjaya pada usia 41 tahun.

Ronaldo meninggalkan Old Trafford ketika kali kedua menyertai pasukan itu dengan penuh kontroversi apabila melancarkan serangan terhadap pengurus ketika itu, Erik Ten Hag dalam satu temu bual bersama Piers Morgan.

Bagaimanapun, kemarahan pemain itu dikatakan hanya dituju kepada Ten Hag dan tidak membenci United menyebabkan dia kembali dikait untuk kembali ke kelab itu buat kali ketiga.

Laporan media Sepanyol menyebut bahawa sudah ada rundingan dan perbincangan mengenai potensi Ronaldo kembali ke United selepas dia bersedia meninggalkan Al Nassr pada musim panas nanti biarpun menerima pendapatan yang sangat lumayan.

“Manchester United percaya bahawa pemergiaan Ronaldo sebelum ini ini adalah melibatkan konflik peribadi bersama Ten Hag dan perkara itu sudah lama dianggap selesai. Pihak pengurusan cuba melihat potensi untuk membawanya kembali.

“Rundingan antara wakil Ronaldo dan pengurusan United sudah berjalan. Perkara yang sedang diteliti ketika ini adalah melibatkan isu kewangan, malah Ronaldo juga dikatakan sedia berkorban untuk menerima gaji yang lebih rendah,” menurut laporan berkenaan.

Selain United, perkembangan itu turut dipantau secara dekat oleh beberapa kelab dari Liga Bola Sepak Major Amerika Syarikat yang bersedia untuk mengemukakan tawaran, namun Ronaldo dikatakan lebih berminat untuk mengakhiri kariernya di Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN