fbpx
Hazqil Hajid dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak semalam.

Di mana Hazqil Hajid?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Saujana Utama, di sini, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor, berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Hazqil Hajid Ahmad Hamdan kira-kira pukul 6.38 petang, hari yang sama.

Beliau berkata, lokasi terakhir direkodkan di No. 66, Jalan SP 3/9, Sri Pristana, Saujana Utama.

“Dari segi fizikal, Hazqil mempunyai ketinggian 183 sentimeter dan berat 77 kilogram, berkulit coklat cerah serta berambut pendek lurus hitam.

“Ketika kali terakhir dilihat, dia dilaporkan memakai baju t-shirt kadet polis berwarna biru gelap dan seluar trek hitam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kedudukan remaja berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Sarjan Norsamsila bt Daud di talian 017-8701889 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN