fbpx
GJurugambar tanpa permit yang menjalankan kegiatan mengambil upah ambil gambar di sekitar kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menerima padah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas penguatkuasaan, semalam.

DBKL kompaun jurugambar haram KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jurugambar tanpa permit yang menjalankan kegiatan mengambil upah ambil gambar di sekitar kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menerima padah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas penguatkuasaan, semalam.

Operasi yang dijalankan di sekitar Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee pada 4 Februari itu menyasarkan individu yang menjalankan aktiviti fotografi secara komersial tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 14 notis kompaun dikeluarkan terhadap jurugambar yang didapati melanggar Undang-Undang Kecil 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2026.

Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati terdapat jurugambar bukan warga yang menjalankan aktiviti berkenaan tanpa permit sah.

“Sebanyak enam tindakan sitaan telah dilaksanakan ke atas peralatan fotografi yang digunakan oleh jurugambar bukan warganegara terbabit,” katanya.

DBKL menegaskan, sebarang aktiviti perniagaan di kawasan awam termasuk perkhidmatan fotografi perlu mematuhi peraturan dan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa.

Tambahnya, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan serta ketenteraman warga kota sentiasa terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN