fbpx
Sebahagian warga Bangladesh dan Myanmar yang ditahan di sebuah premis di Alor Setar semalam. - Gambar JIM Kedah

Dalang atur pergerakan migran Bangladesh, Myanmar dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang lelaki Myanmar berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran menerusi Ops Serkap yang dijalankan di sini, semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, suspek dipercayai berperanan mengurus, menjaga serta mengatur pergerakan sekumpulan migran di sebuah premis yang dijadikan lokasi penempatan sementara.

“Tindakannya disyaki memenuhi elemen kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670). Suspek telah ditangkap bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Dalam operasi sama, katanya, pasukan serbuan turut menjalankan pemeriksaan menyeluruh di premis tersebut dan berjaya menahan 29 warganegara Bangladesh dan Myanmar.

“Mereka terdiri daripada 23 lelaki dan enam perempuan, termasuk seorang kanak-kanak dengan lingkungan usia antara lima hingga 62 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 29 individu terbabit gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah, sekali gus melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN