KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh menyemak kelayakan bagi Sumbangan Asas Rahmah (Sara) secara ‘one-off’ bermula hari ini melalui portal rasmi sara.gov.my.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, memaklumkan pelaksanaan bantuan Sara ‘one-off’ pada tahun 2025 menunjukkan kadar penebusan yang memberangsangkan, iaitu mencecah 96 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima.
“Bagi penghargaan Sara one-off, lebih 21 juta rakyat telah membuat pemeriksaan iaitu 96 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima dengan nilai transaksi di pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.
“Bermula 9 Februari ini, Sara Untuk Semua iaitu bantuan one-off RM100 akan dikreditkan melalui MyKad akan bermula dengan Peruntukan RM2.2 bilion disediakan untuk memanfaatkan semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) yang meminta menteri kewangan menyatakan jumlah peruntukan program Sara melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025 serta nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan.
Katanya, tiada permohonan diperlukan dan amaun tersebut akan terus dikreditkan ke dalam MyKad dan sah digunakan sehingga 31 Disember.














