fbpx
Gambar hiasan.

‘Alhamdulillah, keputusan STAM 2025 sangat membanggakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 sebagai sangat membanggakan.

Menurutnya, beliau bersyukur terhadap keputusan STAM 2025 yang diumum, hari ini dan mengucapkan tahniah kepada semua calon peperiksaan tersebut.

“Alhamdulillah. Tahniah buat semua calon STAM 2025. Keputusan sangat membanggakan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 61 calon STAM 2025 berjaya mendapat keputusan Mumtaz dalam semua mata pelajaran termasuk 30 calon daripada sekolah di bawah KPM.

KPM memaklumkan, pencapaian peperiksaan STAM 2025 adalah signifikan kerana membabitkan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Kurikulum Tingkatan Enam Dini melalui tempoh pengajian selama tiga tahun.

Pengukuhan kurikulum hasil kerjasama dengan Al-Azhar Al-Sharif menunjukkan hasil apabila Gred Purata Kebangsaan merekodkan pencapaian sebanyak 2.81 mata, manakala Gred Purata bagi calon sekolah KPM turut mencatatkan pencapaian yang baik iaitu 2.63 mata.

Seramai 4,382 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2025 di 135 pusat peperiksaan seluruh negara dan peratus kehadiran calon secara keseluruhan adalah sebanyak 98.7 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN