fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan iguana jatuh dari pokok akibat suhu rendah sehingga empat darjah Celcius di Florida, Amerika Syarikat.

[VIDEO] Suhu sejuk ratusan iguana jatuh dari pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuaca sejuk luar biasa di Florida, Amerika Syarikat mengejutkan orang ramai selepas ratusan ekor iguana dilaporkan jatuh dari pokok disebabkan suhu mencecah 4 darjah Celsius, sejak Ahad lalu.

Menerusi hantaran di TikTok, beberapa rakaman video memaparkan reptilia berkenaan terjatuh secara tiba-tiba dari pokok di kawasan perumahan dan taman awam.

“Suhu cuaca yang rendah secara tiba-tiba mengejutkan iguana berdarah sejuk akibat biasa hidup dengan iklim yang lebih panas sekali gus menyebabkan banyak iguana jatuh dari atas pokok.

“Kebanyakan iguana yang hibernasi dihantar atau dimakan untuk mengurangkan bilangan mereka kerana iguana dianggap sebagai spesies invasif,” katanya.

Difahamkan, haiwan reptilia tersebut hidup dalam kawasan beriklim panas menjadi kaku dan tidak bergerak apabila terdedah kepada suhu rendah, menyebabkan haiwan tersebut kehilangan cengkaman dan terjatuh.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata pengguna terkejut dengan nasib iguana ketika cuaca sejuk.

“Memang tak sangka bila cuaca sejuk tiba-tiba boleh buat iguana kaku terus. Alam semula jadi selalu mengingatkan kita betapa rapuhnya kehidupan,” komen @Hiddenhistory.

“Iguana memang mahal di sini. Daripada bunuh, mungkin lebih baik kalau dijual sahaja,” komen @Zakuzen.

“Paling kejam bila manusia jadikan iguana makanan waktu mereka sedang hibernasi. Tak beri peluang untuk mereka yang bertahan untuk hidup,” komen @CathlynnRose. –KOSMO! ONLINE

@aricoastal Its raining frozen iguanas! 🦎🥶☁️ I love looking for iguanas! Let me know if you want to see more of this INVASIVE species! ✨ #iguana #florida #education #cold #marinelife ♬ original sound – Cristopher S Baron/crdkaraoke – cristopherbaronshopping

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN