fbpx
Gambar hiasan

Tiga ditahan, dera budak 10 tahun, pukul anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Tiga individu ditahan polis bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, selain memukul seorang lagi mangsa di Putra Heights, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 2.29 petang dari seorang pengadu berusia 40 tahun.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pengadu tinggal serumah dengan suspek yang merupakan ibu saudaranya serta dua orang sepupu masing-masing berusia 17 dan 24 tahun.

“Suspek disyaki memukul pengadu dan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak tersebut yang merupakan anak kepada pengadu.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan tiga warga tempatan terdiri daripada dua orang wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 17 hingga 49 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Wan Azlan berkata, kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN