fbpx
Dr. Asyraf Wajdi melakukan lawatan ketika hadir Majlis Peluncuran Logistic Learning Provider (LLP) di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini. Foto MASTURAH SURADI

Tak sorok, tak lindung – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menegaskan tidak akan sesekali menyapu atau menyembunyikan sebarang salah laku anggota kakitangannya di bawah ‘permaidani’ khususnya yang melibatkan integriti dan pecah amanah.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara mengambil pendirian tegas dengan tidak melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam salah laku, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Kita tidak akan kompromi sebab itulah kita tak pernah menutup, kita tak pernah menyoroknya di bawah permaidani kerana bagi kita, perkara-perkara yang melibatkan soal integriti, soal disiplin, soal kepatuhan kepada tadbir urus yang tinggi adalah sesuatu yang memang ditekankan dalam Mara.

“Sebab itu kalau ada salah laku dia akan melalui proses yang biasa tetapi kalau melibatkan pecah amanah yang melibatkan wang dan sebagainya, kita sendiri akan lapor kepada polis dan pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Biarlah mahkamah menentukan,” katanya ketika hadir Majlis Peluncuran Logistic Learning Provider (LLP) di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar, hari ini.

Dr. Asyraf Wajdi berkata, beliau sentiasa mengingatkan dan menekankan kepada warga kerjanya tentang budaya kerja Mara berteraskan prinsip tiga IP, iaitu integriti, ihsan dan inovasi yang digabungkan dengan profesionalisme tinggi dalam setiap tugasan.

“Sudah tentu kita manusia pun tak sempurna tetapi tidak menjadikan alasan bahawa kita merelakan ataupun menghalalkan sebarang salah laku yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang bekas pegawai Mara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas 25 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang bayaran balik pinjaman empat individu kepada agensi itu bernilai lebih RM15,000 sejak lima tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN