fbpx
Sakinah memuji keperibadian pelakon Aidil Aziz yang disifatkan sebagai lelaki budiman dan mudah memberi kerjasama.

‘Tak pernah sekali saya dengar Aidil mengadu ketika shooting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktres Sharifah Sakinah memuji keperibadian pelakon Aidil Aziz yang disifatkan sebagai lelaki budiman dan mudah memberi kerjasama.

Menurut Sakinah, 37, kerjasama dengan Aidil dalam drama terbitan Astro Sujud Terakhir Encik Norman adalah satu pengalaman hebat selain berterima kasih kepada isterinya yang juga aktres Fasha Sandha atas sokongan diberikan.

“Kak Fasha, terima kasih sangat atas sokongan awak.

“Sejujurnya Aidil adalah salah seorang pelakon lelaki yang saya mudah bekerjasama.

“Senang berkomunikasi, mudah untuk berbincang idea, baik hati dan sentiasa menepati masa penggambaran,” katanya dalam ruangan komen hantaran milik Fasha hari ini.

Dalam masa sama, Sakinah berkata, Aidil tidak pernah mencampuri urusan orang lain termasuk menyibuk dalam mana-mana gosip yang bertebaran.

“Tidak pernah sekali pun saya dengar dia mengadu di set penggambaran. Bila ada gosip, dia akan menjarakkan diri. Dia melayan semua kru produksi dengan penuh rasa hormat.

“Sangat sukar untuk mencari seorang pelakon terutama yang menggalas peranan hero dengan keperibadian sebegitu.

“Dia buatkan seluruh produksi tidak rasa terbeban dan mudah untuk bekerja sekali.

“Di sebalik seorang lelaki yang tenang, ada seorang isteri sangat menyokong suaminya, ‘respect’,” katanya lagi.

Hari ini, tular foto memaparkan Sakinah memeluk Aidil yang meraih kecaman kerana dikatakan tidak menjaga batas dengan lelaki berstatus suami orang.

Bagaimanapun, foto tersebut dimuat naik sendiri oleh Fasha dalam akaun media sosialnya.

Difahamkan, Sakinah dan Aidil bergandingan dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman yang bakal ditayangkan bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI