fbpx
ERRA tidak menyangka penggunaan dinar emas sebagai mahar menjadi inspirasi buat pasangan bakal pengantin. foto FELMI ANUAR

Saya tak nak duit, nak emas daripada suami – Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Biarpun sudah hampir dua bulan berlalu, namun majlis perkahwinan primadona Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain masih diperkatakan sehingga hari ini.

Majlis yang disorot sebagai Wedding of the Year itu menjadi inspirasi untuk ramai pengantin baharu terutamanya tentang penggunaan dinar emas sebagai mas kahwin.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 52, dia sendiri tidak menyangka penggunaan dinar emas sebagai mahar menjadi inspirasi buat pasangan bakal pengantin.

“Sewaktu kami sedang membuat persiapan perkahwinan dulu, suami pernah tanya saya nak hantaran berapa? Saya cakap saya tak nak duit, saya nak emas.

“Sekarang saya lebih cakna tentang kepentingan menyimpan emas. Kalau dulu saya lebih sukakan emas putih. Kini saya mula menyimpan emas kuning.

“Saya juga turut membelikan anak saya Engku Aleesya emas setahun sekali sebagai pelaburan masa depan. Di saat dunia sekarang berdepan pelbagai isu antaranya peperangan, pentingnya untuk kita menyimpan aset seperti emas,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai emas Amelia Jewellery, baru-baru ini.

Terdahulu, pasangan tersebut diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 12 Disember 2025 di Rinjani Majestic Kampung Melayu Subang. Ezwan memberikan mas kahwin berupa pokok emas yang mengandungi 24 keping dinar emas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN