fbpx
Gambar hiasan

‘Proses belum berjalan, belum selesai pun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Persefahaman yang dimuktamadkan di peringkat rundingan berhubung isu sempadan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia masih perlu melalui beberapa proses lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses yang perlu diikuti termasuk dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat dan Majlis Raja-Raja belum lagi bermula.

“Proses itu masih belum jalan, belum selesai pun. Saya sebut tadi ada bahagian yang belum selesai, baru ada persefahaman di antara dua-dua pemimpin dan dua-dua kerajaan.

“Saya sebut tadi dalam proses yang dimuktamadkan itu peringkat kerajaan, kemudian kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Mesyuarat Raja-Raja yang dalam jadualnya.

“Cuma kita nak putuskan sama ada dibentangkan setelah diputuskan semua atau diputuskan sebahagian,” katanya pada sesi penerangan isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjelaskan perkara itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Semporna yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Anwar berkata, dalam rundingan isu seperti itu tentu menimbulkan beberapa hal yang
agak sensitif kerana dalam rundingan dengan Indonesia tidak semua yang sudah selesai.

Sebagai contoh, kata beliau, isu lima kawasan sempadan darat, kawasan intertidal di sektor Sabah Kalimantan Utara, empat kawasan sempadan belum dimuktamadkan di sektor Sarawak Kalimantan Barat yang masih dalam proses perundingan kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI