fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan IPK Selangor. Foto AFIQ RAZALI

Penganggur cabul, cederakan kanak-kanak didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang penganggur yang ditahan selepas dipercayai mencabul dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Hulu Selangor, dijangka didakwa selewat-lewatnya esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah menerima arahan pertuduhan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, lelaki berusia 23 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu.

“Tangkapan telah dilakukan dan kertas siasatan telah dilengkapkan dan telah dapat arahan menjalankan pertuduhan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Insya-Allah, saya dimaklumkan bahawa sekiranya tiada halangan sama ada hari ini atau esok akan dijalankan pertuduhan,” katanya pada sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Shazeli menjelaskan, siasatan awal mendapati suspek mengalami gangguan emosi.

Untuk rekod, Seksyen 325 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa berdepan detik cemas pada 29 Januari lalu apabila ditarik seorang lelaki tidak dikenali ke dalam rumah di Jalan Bakawali, Bukit Sentosa, sebelum dipukul menggunakan kaki dan tangan sehingga cedera.

Polis menahan suspek di rumahnya dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI