KUCHING – AirAsia akan menambah penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak bagi menampung peningkatan permintaan perjalanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata bagi tempoh Tahun Baharu Cina, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 23 penerbangan tambahan dari 13 hingga 24 Februari, diikuti 25 penerbangan tambahan dari 18 hingga 26 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri.
“Penerbangan tambahan ini akan membantu memastikan rakyat Sarawak yang bekerja atau belajar di Semenanjung mempunyai akses penerbangan yang lebih baik dan dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan perayaan bersama insan tersayang,” katanya dalam kenyataan.
Kim Shin menambah dalam sepanjang tempoh tersebut, AirAsia turut menawarkan tambang promosi sehala bermula daripada RM328 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan para penumpang sempena musim perayaan.
Katanya program subsidi tiket penerbangan itu, yang diperkenalkan bagi membantu pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. – KOSMO! ONLINE














