fbpx
Anwar di Dewan Rakyat. - Foto JAPEN

Pembangkang cari keuntungan politik sempit – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pembangkang yang disifatkan sebagai cuba mengambil kesempatan politik daripada isu sempadan Malaysia-Indonesia.

Menurut beliau, perbuatan tersebut bukan saja boleh mengorbankan kepentingan negara, malah mengorbankan hubungan baik antara dua negara.

“Sebab itu kenyataan-kenyataan kita harus berhati-hati dan berhemah kalau nak cari keuntungan politik sempit, (ini) bukan masanya,” katanya pada sesi penerangan isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar membidas laporan yang mendakwa Malaysia telah menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga buah kampung di kawasan Nunukan.

Menurut beliau, tiga kampung dimaksudkan berdekatan sempadan Sabah dan Kalimantan iaitu Kampung Kabungalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas.

“Seperti tohmahan sebelum ini, Ambalat, kita serahkan. Hal itu belum pun dimuktamadkan, tetapi tohmahan daripada pembangkang sudah diserahkan.

“Saya tidak tahu serah wilayah mana. Jadi sebab itu, harus kita rujuk kepada angka dan data,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN