fbpx
keadaan kenderaan mewah jenis Ferarri dipandu seorang pelajar yang terlibat kemalangan di KM1.3 Lebuh Raya Silk hari ini. Foto PDRM

Pelajar cuai bawa Ferrari bapa hingga kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang pelajar universiti yang memandu sebuah kereta mewah jenis Ferrari secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer (KM) 1.3 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), mengundang padah apabila dia disaman polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian didapati berlaku sekitar pukul 6 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 20 tahun.

“Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu individu tersebut telah hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, kenderaan milik bapa pemandu tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan serta belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, bagaimanapun, pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Individu terbabit telah disiasat dan dikenakan saman di bawah Kaedah 10, LN 166/59, kerana memandu secara cuai dan gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kemalangan,” ujarnya.

Justeru, katanya, pihak polis ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah, mematuhi peraturan lalu lintas, serta sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN