fbpx
Ahmad Samsuri.

Pas nafi mahu bergerak solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pas menolak andaian mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN) seterusnya bergerak solo berikutan kemelut pelantikan pengerusi baharu pakatan pembangkang tersebut yang sudah berlarutan sejak lebih sebulan lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan sebaliknya parti tersebut komited mahu terus memperkukuhkan PN sebagai gabungan politik nasional yang berdaya saing dan stabil.

“Pas sentiasa memberi komitmen penuh di peringkat kepimpinan parti dan menghormati kerjasama telah dibina bersama rakan-rakan komponen dalam PN. Kita sedar landskap politik semasa sentiasa berubah dan mencabar. Fokus utama Pas ketika ini terus mengukuhkan PN demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Samsuri menegaskan spekulasi kononnya Pas mahu bergerak solo bagi menghadapi landskap politik tempatan semasa menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sebagai tidak berasas dan tidak mencerminkan pendirian sebenar parti tersebut.

Menteri Besar Terengganu tersebut juga percaya konflik kepimpinan PN akan kembali stabil selepas mesyuarat tertinggi gabungan tersebut diadakan kelak.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri enggan mengulas desas-desus mengaitkannya sebagai calon Pengerusi PN baharu.

Beliau sebaliknya mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat memandangkan tidak berada dalam barisan Majlis Tertinggi (MT) PN setelah meletak jawatan sebagai bendahari gabungan itu pada dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI