fbpx
Gambar hiasan.

Negeri Sembilan perlu 450 kelas, 3,600 guru tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Negeri Sembilan memerlukan sekurang-kurangnya 450 kelas serta 3,600 guru tambahan pada tahun hadapan selaras dengan perlaksanaan kemasukan murid ke tahun satu seawal usia enam tahun.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keperluan berkenaan telah dibentangkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dalam mesyuarat Exco serta tidakan segera perlu diambil bagi memastikan kelancaran pada tahun hadapan.

“Enrolmen murid tujuh tahun bagi tahun 2027 di negeri ini adalah sehingga 16,346 orang. Manakala, enrolmen murid enam tahun (2027) adalah 16,018 orang. Jadi keseluruhan untuk tahun satu tahun hadapan, jika ibu bapa memilih untuk menghantar anak umur enam tahun ke darjah satu adalah 32,364 orang… ini memerlukan kelas, bilik darjah tambahan sebanyak 450 dan guru tambahan sebanyak 3,600.

“Pihak Jabatan Pendidikan akan semak keperluan 450 bilik darjah ini, rasanya di kawasan luar bandar tak ada masalah, cuma ia akan melibatkan kawasan bandar seperti Seremban dan sebahagian daripada Port Dickson yang akan terkesan dengan dua sesi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI