fbpx
Kumpulan tersebut mendapatkan pangkalan data mengandungi maklumat log masuk e-mel. - AFP

Lebih 8.4 bilion akaun e-mel pengguna dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Polis Vietnam melaporkan bahawa lebih 8.4 bilion akaun e-mel milik pengguna di seluruh dunia telah dibeli, dijual dan ditukar secara dalam talian selepas menjadi sasaran sebilangan serangan siber sebelum ini, lapor laman berita VN Express hari ini.

Pihak berkuasa wilayah Tuyen Quang berkata, mereka memulakan siasatan jenayah terhadap tiga lelaki berusia 24 hingga 26 tahun dari Hanoi, Thanh Hoa, dan Gia Lai. 

Ketiga-tiga suspek dituduh mengakses dan memperdagangkan data e-mel yang bocor secara haram.  

Menurut polis, kumpulan itu beroperasi secara terancang dan berhubung dengan kenalan luar negara melalui aplikasi pesanan Telegram untuk mendapatkan pangkalan data mengandungi maklumat log masuk e-mel, termasuk nama pengguna dan kata laluan yang telah terdedah dalam insiden penggodaman terdahulu.

Siasatan awal menunjukkan bahawa antara tahun 2024 dan 2025, operasi tersebut mengendalikan data yang dikaitkan dengan lebih 8.4 bilion akaun e-mel di peringkat global, menjana pendapatan ratusan juta dong. 

Polis menyatakan, siasatan masih diteruskan dan kemungkinan terdapat suspek lain yang terlibat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI