fbpx
Keratan Kosmo! Online minggu lalu berhubung penahanan pelakon lelaki popular berkait kes dadah.

Kertas siasatan kes dadah pelakon popular diserahkan kepada DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis telah menyerahkan kertas siasatan (IP) berhubung pelakon lelaki popular yang ditahan kes dadah kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, bagaimanapun pihaknya telah mendapat arahan bagi melengkapkan IP tersebut dengan pelakon berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952.

“Dalam tempoh tersebut, individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pelakon lelaki direman selama tiga hari setelah perintah dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis.

Mengulas mengenai kes taska tular yang mengurung kanak-kanak autistik, Shazeli memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Ini disebabkan melibatkan beberapa premis lain (dibawah francais taska itu). Jadi, tengah ‘on-going’ berhubung taska itu. Lebih 20 laporan polis telah diterima dan setakat ini taska itu masih beroperasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Caption

Shazeli ketika sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan IPK Selangor. FOTO:AFIQ RAZALI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN