KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak membuat kenyataan yang boleh menyinggung Indonesia membabitkan isu sempadan kedua-dua negara.
Menurut beliau, kerajaan Indonesia sentiasa berusaha untuk menjalin hubungan yang sangat baik dan akrab antara dua negara.
“Kita boleh berbeza pendapat, tapi jangan menjatuhkan hukuman dan juga jangan menyinggung perasaan rakan-rakan kita di Indonesia.
“Rakan-rakan kita di Indonesia berusaha untuk menjalin hubungan yang sangat baik dan akrab antara dua negara,” katanya pada sesi penerangan isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia perlu menjaga hubungan dengan Indonesia yang sangat baik sejak 1974.
Ujar beliau, rundingan Malaysia dan Indonesia berkenaan sempadab malah diteruskan di semua peringkat.
“Selalunya kerjasama di antara dua-dua pihak pegawai serendah-rendah sehinggalah Ketua Menteri dan Perdana Menteri dan kerajaan dengan kerajaan sangat baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE














